Last Updated: 6 March 01

 

Satu Lagi Rancangan Jahat Mahathir Dan Utusan Malaysia

Episod terbaru di akhbar tempatan khususnya Utusan Malaysia sekali lagi memperlihatkan bagaimana Mahathir Mohamad memperalatkan media untuk mewujudkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat. Hampir setahun yang lalu Mahathir Mohamad menggunakan taktik yang sama.

Utusan Malaysia digunakan untuk mewujudkan suasana tegang. Mahathir Mohamad sendiri mendakwa mempunyai maklumat kononnya perancangan telah dilakukan oleh Parti Keadilan Nasional untuk merusuh dan membuat huru-hara. Saya dan beberapa pimpinan parti ditahan tetapi tidak seorangpun didakwa!

Saya telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat dakwaan Mahathir (laporan polis bertarikh 26 April 2000 dilampirkan) hampir setahun yang lalu tetapi tiada tindakan diambil. Polis sepatutnya menyiasat dengan saksama kesemua laporan polis yang dibuat. Kenyataan Perdana Menteri setahun yang lalu merupakan satu perkara serius. Sekiranya Mahathir gagal membuktikan dakwaan beliau, tindakan mesti diambil kerana kenyataan beliau telah mewujudkan suasana tegang dan mengandungi elemen menghasut.

Ini adalah taktik seorang pemerintah yang gelabah dan sanggup menimbulkan suasana tegang untuk menakut-nakutkan rakyat supaya perhatian rakyat kepada isu besar rasuah dan penyelewangan dilupakan. Taktik yang sama digunakan hari ini untuk mengalih pandangan rakyat daripada mempersoalkan penyelewengan wang rakyat yang berleluasa sekarang. Sekali lagi Mahathir menggunakan media dan polis untuk menyerang pembangkang dan lari daripada menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat.

Kesemua dakwaan pembangkang berhubung dengan penyelewengan wang rakyat dalam institusi seperti KWSP, LTH, Khazanah Malaysia, Tabung PNB, LTAT tidak dijawab oleh pemerintah. Sebaliknya mereka terus menggunakan polis untuk menakutkan rakyat dan memburu pemimpin pembangkang. Saya sendiri diburu seperti seorang penjenayah hari ini.

Jam 2.00 petang tadi sekumpulan 6 orang anggota polis masuk ke rumah saya tanpa kehadiran saya dan menggeledah seluruh pelosok rumah saya. Ianya berlaku hanya beberapa jam setelah laporan polis dibuat oleh Pemuda UMNO hari ini. Laporan polis saya setahun yang lalu dengan bukti lengkap terhadap Mahathir tidak diendahkan sama sekali.

Mohamad Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda Keadilan Malaysia


Another of Mahathir’s diabolical plot with Utusan Malaysia

The latest episode in a series of episodes perpetuated by Utusan Malaysia, an UMNO propaganda organ masquerading as a newspaper, reveals Mahathir’s strategy of using the media to create a climate of fear. One year ago, Mahathir adopted the same tactic when he used Utusan Malaysia to create tension by accusing the National Justice Party of allegedly plotting to riot and bring about civil commotion in Malaysia.

I then made a police report and asked the police to investigate Mahathir (police report dated 26 April 2000) but it is almost a year and no action has been taken yet. The police should investigate all police reports they receive, without fear or favour. The Prime Minister’s statement a year ago is something serious and should not be taken lightly. If Mahathir fails to prove his allegation, then action should be taken against him because his statement is seditious in nature and has caused anxiety amongst the general public.

This is a tactic of a desperate leader who sees his power eroding rapidly to the extent he would perpetuate a climate of fear just to distract Malaysians from the bigger issues of corruption and abuse of power. Today, Mahathir is using the same tactic to distract the people from questioning the mismanagement of the country’s finances. Again, Mahathir is using the media and the police to attack the opposition and avoid answering the questions being raised by the people.

All allegations by the opposition with regards to the abuse of power and mismanagement of finances in agencies such as the Employees Provident Fund (EFP), Pilgrims Fund (LUTH), Ministry of Finance, PNB, Armed Forces Pension Fund (LTAT), and so on, has not received any reply from the government. Instead, they continue to use the police to frighten the people and persecute the opposition leaders. I personally have been persecuted no less than six times.

Today, at 2.00pm, six police personnel entered my house without my permission or presence and ransacked my entire house. This "raid" was in response to a police report made by the UMNO Youth Movement earlier today. The police report I made a year ago on the abuses of Mahathir, complete with tangible evidence, however, is being totally ignored by the police.

Mohamad Ezam Mohd Nor, National Justice Party (keADILan) Youth Leader

 

 


Hakcipta terpelihara Ma.S.A.M 2000, Ma.S.A.M bergiat demi rakyat dan negara dan tidak bergabung dengan mana-mana badan politik. Hubungi Ma.S.A.M untuk maklumat lanjut.