Last Updated: 6 March 01

 

Memorandum Pekebun Kecil Kelapa Sawit

Badan Bertindak
Pekebun-pekebun Kecil Batu Pahat (BAHAS)
24 Jalan Banang Height
Tmn Banang Height
83000 Batu Pahat Johor
Tel: 07-4311296

Kepada:

YAB Dato Sri Lim Keng Yeik
Menteri Perusahaan Utama

Salinan:

YAB Dato Abd Ghani Othman
Menteri Besar Johor

Melalui:

Dato Abdul Kadir B Maksom
Pegawai Daerah Batu Pahat

MEMORANDUM PEKEBUN KECIL KELAPA SAWIT

1. Memandangkan kos penyelenggaran termasuk upah meracun dan membaja yang terus meningkat berbanding pendapatan yang diperolehi memaksa kami mendesak kerajaan supaya mengawal harga paling rendah bagi kelapa sawit dijual dengan nilai RM150.00 satu tan.

2. Menyedari bahawa soal kejatuhan harga kelapa sawit begitu mencemaskan pekebun-pekebun kelapa sawit di negara ini sehingga pendapatan mereka berada di bawah taraf kemiskinan.

3. Berikut disenaraikan laporan pendapatan berbanding kos sara hidup pekebun-pekebun kecil untuk pengetahuan dan tindakan pihak kerajaan :

Satu keluarga : (terdiri dari 5 orang)
RM 1000.00 (kos sara hidup termasuk pendidikan anak rendah dan menengah)
Pengeluaran kelapa sawit (bagi 5 ekar tanah) : 3 tan hingga 4 1/2 tan
Harga kelapa sawit RM60.00 hingga RM70.00 1 tan
Upah potong kelapa sawit RM40.00 1 tan
Kos penyelenggran: (3 bulan sekali)
Harga racun (gelen) RM55.00 x 1 ekar
Upah meracun RM 30.00 x 1 gelen x 1 ekar
Harga baja RM60.00 x 1 ekar
Upah membaja RM10.00 x 1 beg x 1 ekar
Upah buang daun - 6 bulan sekali RM2.00 x 1 pokok (RM2.00 x 60 x 1 ekar)

u/p: Anggaran diatas dibuat oleh Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Daerah Batu Pahat

4. Akhirnya sebagai pekebun kecil kelapa sawit lagi kami mendesak melalui memorandum ini supaya pihak kerajaan peka dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan kemelut yang membebankan rakyat.

5. Bersama-sama ini kami sertakan senarai tandatangan pekebun-pekebun kecil daerah Batu Pahat yang bersetuju di atas desakan tersebut.

S/k:

Pemimpin-Pemimpin Parti Politik:

UMNO, MCA, MIC, PAS, KeADILan, DAP, PRM

 

 


Hakcipta terpelihara Ma.S.A.M 2000, Ma.S.A.M bergiat demi rakyat dan negara dan tidak bergabung dengan mana-mana badan politik. Hubungi Ma.S.A.M untuk maklumat lanjut.